AGEN OREN SEMBURAN BERACUN PERANG VIETNAM

Pengunduran tentera Jepun di Vietnam selepas kalah dalam Perang Dunia kedua pada tahun 1945 memberi peluang kepada Ho Chi Minh untuk menerajui pentabiran Vietnam. Pada 2 September, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Perang Dunia Kedua telah memberik impak besar kepada negara Asia Tenggara kerana telah menwujudkan satu proses deklonisasi dan penyebaran ideology. 

Seperti yang terjadi di Vietnam dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Blok Komunis (Utara) dan Blok Kapitalis (Selatan). Vietnam Utara yang bertindak sebagai Pro Komunis disokong oleh Soviet Union, China dan sekutu Komunis. Manakala, Vietnam Selatan disokong oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia, Thailand dan blok anti komunis. Bahagian ini dipisahkan dengan 17 parallel garis lintang sebagai garis pemisah dengan zon bebas tentera (demilitarised zone) 5km di kedua-dua pihak. 

Vietnam Selatan enggan mempersetujui Perjanjian Geneva 1945 yang meminta untuk bergabung semula dengan Vietnam Utara. Perbezaan fahaman ideology dalam focus utama penubuhan negara telah membawa Vietnam ke kancah Perang dingin (Cold War). Menyedari pengaruh Komunis yang dibawa oleh Ho Chi Minh telah memaksa Amerika Syarikat untuk menghantar bantuan ketenteraan di Vietnam Selatan. Bantuan ini adalah untuk menghalang penyebaran dakyah Komunis di Vietnam Selatan. Rentetan itu, satu pertempuran yang panjang telah berlangsung di bumi Vietnam.

Operasi Ranch Hand adalah operasi agresif yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat. Menerusi operasi ini, Amerika Syarikat telah menggunakan sejenis senjata kimia racun herba iaitu Agen oren. Dianggarkan sebanyak 19 juta gelen Agen Oren telah disembur diatas lebih 10-20 peratus tanah Vietnam dan sebahagian Loas antara 1962-1971. Kawasan ladang dan hutan Vietnam tercemar dan musnah oleh senjata beracun ini. Tujuan Amerika Syarikat menjalankan operasi ini adalah untuk memutuskan bekalan makanan dan bantuan pihak musuh. Hasilnya, 5 juta ekar hutan dan ladang musnah akibat semburan beracun ini.

Namun, kesan sampingan Agen Oren ini tidak hanyak memberi impak kepada tumbuhan tetapi juga manusia dan binatang. Selepas hampir 10 tahun digunakan, Agen Oren mula memberi tindak balas kepada tubuh badan manusia yang telah dicemarinya. Kira-kira 4.5 juta manusia di Vietnam terpaksa menanggung derita akibat terdedah dengan racun Agen Oren. Mereka mengalami masalah penyakit kulit yang serius, kencing manis, kegagalan system imun dan penyakit jantung. 

Selain itu, akibat pengumpulan dioksin Agen Oren dalam tisu lemak haiwan makanan manusia telah membawa kepada risiko penyakit kanser. Anak kecil yang baru lahir turut tidak terkecuali menanggung derita akibat peperangan ini. Lebih, 150,000 orang bayi mengalami kecatatan kekal dan masalah perkembangan otak akibat pendedahan racun tersebut kepada ibu mereka. 

Anggota tentera yang terlibat dalam operasi Ranch Hand ini turut mendapat implikasi dari Agen Oren ini. Selepas puang dari peperangan, mereka mula mengesan perubahan yang berlaku ke atas tubuh badan masing-masing. Mereka tidak terkecuali terkena penyakit kulit, diabetes dan symptom psikologi. Ahli keluarga anggota tentera turut menerima kesan. Antaranya, keguguran, kecacatan anak yang baru dilahirkan dan menghidap penyakit kenser seperti leukemia.  

Rentetan daripada itu, saman telah dikeluarkan oleh pihak veteran tentera yang pernah berkhidmat di Vietnam dan terdedah dengan Agen Oren. Sebanyak $180 juta telah dibayar kepada veteran tentera atau waris mereka oleh 7 syarikat yang mengeluarkan kimia tersebut. Susulan daripada itu, pihak veteran tentera laut turut menuntut pampasan yang sama kerana terlibat dalam kancah peperangan dan terdedah dengan racun perosak ini.Akhirnya, pada tahun 1991, Presiden Amerika Syarikah George H.W. Bush telah menandatangani Akta Agen Oren yang menyatakan kesan Agen Oren ini sebagai satu kecederaan. Kes saman-menyaman turut berlangsung di Vietnam pada tahun 20014 apabila sekumpulan rakyat Vietnam mula menyaman lebih 30 syarikat kimia yang terlibat dalam penghasilan Agen Oren. Namun, menemui jalan buntu apabila ditolah oleh mahkamah Amerika Syarikat. 

Perang Dingin yang terjadi antara Vietnam dan Amerika Syarikat membawa satu kisah pembunuhan peperangan yang sukar dilupakan oleh generasi yang melaluinya. Bahkan generasi yang mendatang turut menerima kesan mutasi akibat penggunaan Agen Oren. Walaupun sudah berpuluh tahun berlaku, rakyat Vietnam masih menerima kesan akibat senjata kimia ini.

Rujukan

Osman Affandi, (2018). Agen Oren : Kesan Penggunaan Senjata Kimia Semasa Perang Vietnam. Retrieved from https://iluminasi.com/bm/agen-oren-kesan-penggunaan-senjata-kimia-semasa-perang-vietnam.html

=WRA=, (2018) Ejen Oren – Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu. Retrieved from https://www.thepatriots.asia/10024-2/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Vietnam#Pembahagian_Vietnam_Kepada_Utara_dan_Selatan

Comments

Popular Posts