SULTAN ABDUL HAMID II: SINGA TERAKHIR EMPAYAR UTHMANIYAH

Figura hebat yang mencatat nama dalam tamadun Islam Empayar Turki Uthmaniyyah ini merupakan sultan ke-32 Dinasti Uthmaniyyah. Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta pemerintahan Uthmaniyah sejak 31 Ogos 1876 selepas Sultan Murad V dan diturunkan takhta disebabkan oleh pergulingan Revolusi Young Turks yang berfahaman secular  pada 27 April 1909. Baginda lebih berfikiran konservatif dan mengamalkan pemerintahan bercirikan agama Islam namun tidak menolak teknologi barat masuk ke Turki demi kemajuan empayar. Semasa pemerintahan, Sultan Abdul Hamid telah menggubal Perlembagaan Turki Uthmaniyyah kerana tidak bersesuaian dengan pentadbiran Islam.

Baginda dikenali sebagai Ulu Hakan (Khan Besar) dalam kalangan rakyat jelata dan “Sultan Merah” (Kızıl Sultan) di dunia barat. Gelaran “Sultan Merah” berikutan satu tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti Armenia oleh rejim Sultan Abdul Hamid (Armenia Holocaust) dari tahun 1915-1917. Etnik Armenia adalah golongan kafir zimmi dan mereka diminta untuk membayar cukai jizyah. Mereka tidak puas hati atas layanan yang berbeza dengan rakyat beragama Islam. Justeru, menuntut untuk mendapat layanan yang sama rata dengan orang Islam. Etnik Armenia antara yang menyokong Revolusi Young Turks yang membawa kepada kejatuhan Sultan Abdul Hamid II. Baginda dianggap sebagai ditaktor dan pemerintah kuku besi di Turki Uthmaniyyah. Corak pentadbiran ini tidak disukai oleh rakyat Turki Uthmaniyyah sehingga ada cubaan untuk menggulingkannya dari tampuk pemerintahan.
Menentang Yahudi

Disebalik kecaman pemerintahan kuku besi Sultan Abdul Hamid II, baginda turut dikenali sebagai seorang sultan yang tegas terutamanya dengan golongan Yahudi Laknatullah. Theodore Hertzl ialah seorang tokoh Gerakan Zionis yang berniat mahu membeli tanah Palestine dari Sultan Abdul Hamid II. Tambahan lagi, Theodore Hertzl juga telah melobi dan memintan bantuan kepada Kaiser Jerman untuk memujuk Sultan Abdul Hamid menjual Palestine kepada Yahudi. Namun, tindakan mereka sia-sia apabila ditentang sekeras-kerasnya oleh Sultan Abdul Hamid II.

“I am not going to give one inch of Palestine to the Jews as Palestine is not mine to give, but it belongs to Ummah and the Ummah have shed blood to defend this land.”- Sultan Abdul Hamid II

Kata-kata yang diucap oleh Sultan Abdul Hamid ini jelas membuktikan bahawa baginda tidak sama sekali mengadaikan tanah suci umat Islam ini kepada Yahudi. Baginda sedar tanah Palestine merupakan salah satu identiti umat Islam dan perlu dipertahankan oleh setiap Muslim. Sultan Abdul Hamid telah mengusir Theodore Hertzl dari singgahsananya.

Lantaran itu, keengganan dan pengusiran Theodore Hertzl telah memasang kebencian pihak Gerakan Zionis kepada Sultan Abdul Hamid II. Mereka merancang mahu menjatuhkan pemerintahan baginda dengan berkomplot Revolusi Young Turks. Antara usaha yang dipergiatkan adalah dengan menyebarkan propaganda kebencian rakyat kepada Sultan Abdul Hamid. Semasa propaganda ini berjaya disampaikan kepada rakyat Turki Uthmaniyyah,imigran Yahudi pula menyelusup masuk ke Palestine yang didalangi oleh Gerakan Zionis dan Keluarga Rothschild. Akhirnya, golongan Yahudi kian bertambah di bumi Palestine selepas Perang Dunia Kedua.
Penggulingan Sultan Abdul Hamid II

Revolusi Young Turks ini akhirnya berjaya menghapuskan sistem pemerintahan autoratik Sultan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1908. Mereka turut menubuhkan semula Perlembagaan dan Parlimen Turki pada 24 Julai 1908 kepada kuasa perlembagaan. Penubuhan semula pelembagaan ini telah menurunkan kuasa mutlak sultan yang berkuasa atas dasar negara, ketenteraan dan undang-undang. 

Pemberontakan Istanbul pada tahun 1909 telah membawa kepada penggulingan Sultan Abdul Hamid II. Diceritakan, baginda dibuang negeri ke Salonika atau di Istana Beylerbeyi, Istanbul bersama kaum kerabat baginda. Semasa hidup dalam buangan, baginda telah dikawal ketat dan tidak dibenarkan keluar dari perkarangan istana kecuali ketika menunaikan solat Jumaat. Selain itu, makan dan minum baginda sekeluarga turut dicatu dengan kualiti makanan yang menyedihkan. Penurunan baginda dari tampuk pemerintahan adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Young Turks. Pada tahun 1918, Sultan Abdul Hamid II telah mangkat pada usia 75 tahun dan disemadikan di Makam Sultan Mahmud II, Fatih, Istanbul.

Walaupun dianggap sebagai kuku besi dan pemerintah yang lemah tetapi ketika akhir hayatnya, ramai rakyat jelata termasuk ahli dalam Young Turks mula menyesali tindakan yang mereka lakukan kepada baginda. Mereka mula sedar bahawa Sultan Abdul Hamid II sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Umat Islam turut hilang benteng yang rela dan sudi mempertahankan kota suci ketiga umat Islam.

Rujukan

Haziq Azhar, (2018). Sultan Abdul Hamid II: Benteng Umat Islam Yang Terakhir. Retrieved from https://www.thepatriots.asia/sultan-abdul-hamid-ii-benteng-umat-islam-yang-terakhir/

Elias Hj Idris, (2018). Sultan Abdul Hamid II: Derita Dlm Buangan. Retrieved from http://ikanlepu.blogspot.com/2011/02/sultan-abdul-hamid-ii-derita-dlm.html

Comments

Popular Posts