BERAKHIRNYA MONARKI BROOKE


Sir Charles Vyner de Windt Brooke merupakan Rajah Putih Ke-3 dan terakhir Sarawak Kingdom. Vyner Brooke berkahwin dengan Sylvia Brett anak kepada Lord Esher pada 21 Februari 1911. Pemerintahan Rajah ke-3 ini bermula pada 24 Mei 1917 – 1 Julai 1946 selepas kematian Charles Brooke. Vyner Brooke menghabiskan masa mudanya dalam perkhidmatan awam di Sarawak Kingdom. Pembaharuan yang dilakukan oleh Vyner Brooke dalam pentadbiran adalah memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awam. Vyner Brooke telah melantik pegawai-pegawai dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, semasa era pentadbiran Vyner Brooke, Sarawak Kingdom berkembang maju terutamanya dalam sektor getah dan minyak.

Sempena meraikan perayaan ke-100 pemerintahan Monarki Brooke, Charles Vyner Brooke telah memperkenalkan sebuah perlembagaan bagi Sarawak pada 24 September 1941. Perlembangaan ini dikenali sebagai “Nine Cardinal Principles”. Antara butir-butir yang terkandung dalam Nine Cardinal Principle adalah seperti berikut:-
  1. That Sarawak is the heritage of Our Subjects and is held in trust by Ourselves for them.
  2. That social and education services shall be developed and improved and the standard of living of the people of Sarawak shall steadily be raised.
  3. That never shall any person or persons be granted rights inconsistent with those of the people of this country or be in any way permitted to exploit Our Subjects or those who have sought Our protection and care.
  4. That justice shall be freely obtainable and that the Rajah and every public servant shall be easily accessible to the public.
  5. That freedom of expression both in speech and in writing shall be permitted and encouraged and that everyone shall be entitled to worship as he pleases.
  6. That public servant shall ever remember that they are but the servants of the people on whose goodwill and co-operation they are entirely dependent.
  7. That so far as may be Our Subjects of whatever race or creed shall be freely and impartially admitted to offices in Our Service, the duties of which they may be qualified by their education, ability and integrity duly to discharge.
  8. That the goal of self-government shall always be kept in mind, that the people of Sarawak shall be entrusted in due course with the governance of themselves, and that continuous efforts shall be made to hasten the reaching of this goal by educating them in the obligations, the responsibilities, and the privileges of citizenship.
  9. That the general policy of Our predecessors and Ourselves whereby the various races of the State have been enabled to live in happiness and harmony together shall be adhered to by Our successors and Our servants and all who may follow them hereafter.
Perlembangaan yang dirangka oleh Charles Vyner Brooke ini membuktikan tindakan Brooke untuk membawa permodenan dalam pentadbiran dan menjanjikan rakyat ke arah berkerajaan sendiri. Namun, malangnya tidak sempat dilaksanakan rentetan serangan penjajah Jepun  pada Disember 1941. Brooke dan keluarganya melarikan diri di Sydney, Australia sehingga tamat Perang Dunia ke-2. Selepas Jepun menyerah kalah, tanah Sarawak ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan Australia dari tahun 1945 sehingga 1946 sehingga Majlis Negri Sarawak Kingdom berjumpa dengan kerajaan British bagi isu penyerahan pada tahun yang sama. Kerajaan British bersetuju dengan syarat perlu mendapatkan undian majoriti penduduk tempatan, wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang menyokong cadangan ini. Hasilnya, 19 menyokong dan 16 menentang tindakan ini.

Pada 15 April 1946 Vyner Brooke kembali ke Sarawak dan British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) menyerahkan semula kerajaan Sarawak kepadanya. Berita ini telah mengembirakan hati rakyat tempatan dan berharap Vyner Brooke dapat membantu membaik pulih ekonomi dan struktur muka bumi Sarawak yang musnah akibat perang. Namun, tiada siapa yang tahu disebalik kembalinya Vyner Brooke ke Sarawak, Brooke membawa satu perkhabaran yang mengemparkan penduduk Sarawak sehingga peristiwa ini menjadi satu titik permulaan kepada pentadbiran British di tanah Borneo.

Rentetan daripada kemusnahan penjajah Jepun ini telah mengakibatkan ekonomi Sarawak lumpuh. Padang-padang minyak musnah begitu juga dengan ladang getah. Manakala jalan raya, bangunan dan lapangan terbang turut mengalami kerosakan teruk. Kemusnahan ini memerlukan kos yang besar untuk membaiki keadaan Sarawak selepas perang. Vyner Brooke yang turut mengalami masalah kewangan berputus asa dan berpendapat tidak mampu untuk mengembalikan semula negeri Sarawak seperti sedia kala. 

Oleh hal yang demikian, Vyner Brooke berpendapat British mampu membangunkan semula tanah Sarawak kerana mereka mempunyai kewangan yang kukuh. Selain daripada itu, faktor usia Vyner Brooke yang lanjut ketika 72 tahun dan tidak mempunyai pewaris lelaki turut menjadi pendorong kepada penyerahan Sarawak kepada British. Vyner Brooke berkeberatan untuk melepaskan takhtanya kepada Bertram Brooke (adik) dan Anthony Brooke (anak saudara) kerana kurang yakin akan kemampuan mereka untuk memerintah Sarawak dengan baik.

British yang sememangnya sudah lama mengidam untuk memiliki tanah Sarawak menunggu keputusan muktahir Vyner Brooke untuk menyatakan niat penyerahannya. British sangat berminat dengan kekayaan sumber asli ada terdapat dalam perut negeri Sarawak antaranya lada hitam, minyak dan getah. Kelebihan yang ada pada Sarawak ini menjadi faktor pendorong untuk meletakkan Sarawak dalam taklukan mereka. Akhirnya pada tahun 1946, Vyner Brooke telah mengumumkan penyerahan Sarawak kepada British. Berita ini amat mengemparkan penduduk tempatan Sarawak. Buat julung kalinya, berita penyerahan ini disiarkan pada 6 Februari 1946 serentak di London dan Kuching seterusnya di The Sarawak Tribune pada 8 Februari 1946. 

Vyner Brooke dalam penisytiharan berita ini telah menjamin bahawa Perlembagaan Sarawak 1941 dihormati, kebebasan penduduk, adat resam tidak dihapuskan dan rakyat Sarawak akan menjadi rakyat Raja British. Di samping itu, Vyner Brooke turut yakin bahawa ekonomi dan kestabilan politik negeri itu akan terus maju dan berkembang. Namun berita ini ternyata mengundang rasa tidak puas hati penduduk tempatan.  Susulan daripada ini telah berlakunya pergerakan politik dalam kalangan penduduk tempatan yang menentang. Mereka dikenali sebagai Gerakan anti-penyerahan Sarawak (anti-cession movement). 

-NNZ-

Rujukan

Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia. Retrieved from
http://hids.arkib.gov.my/peristiwa/-/asset_publisher/WAhqbCYR9ww2/content/perlembagaan-negeri-sarawak-diisytihar/pop_up?_101_INSTANCE_WAhqbCYR9ww2_viewMode=print

Dr. Ho Hui Ling, (2017). PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK:ISU PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH. Retrieved from 
http://eprints.um.edu.my/17849/1/DR_HO.pdf

Bernama, (2016). Sarawak tagih janji Rajah Brooke sambutan Hari Sarawak. Retrieved from
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/07/20/sarawak-tagih-janji-rajah-brooke-sambutan-hari-sarawak/

Comments

Popular Posts