MOUNT MATANG (MIKE) SRI MAHA MARIAMMAN TEMPLE

Pendakian ketiga aku, Itha dan Nisa bermula pukul lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi (28 June 2020). Kiranya hiking pertama selepas PKP. Perjalanan untuk sampai ke destinasi kami mengambil masa hanya 40 minit. Di sebabkan unfamiliar dengan kawasan Matang, kami hanya mengharapkan waze untuk sampai ke destinasi, malangnya sesat! (salah masuk lorong). Nasib baik terjumpa dengan seorang pak cik dan abang yang sudi menjadi tour guide untuk membawa kami ke jalan yang benar. (Thank you). Selepas membawa parking RM5, kami bertiga bersemangat untuk memulakan pendakian sulung di Gunung Matang.

Entrance 

Walaupun aku orang Kuching tapi aku baru tahu kewujudan Gunung Matang ini dan menariknya di puncak gunung ini mempunyai sebuah kuil untuk penganut Hindu. Pertama kali sampai kat puncak rasa macam menjejakkan kaki di Batu Caves (fefeling gitu). Menurut sumber yang aku baca, kuil ini merupakan kuil tertua di Sarawak. Kaum India merupakan kaum minoriti di Sarawak, jadi  agak jarang  untuk kita lihat mereka mungkin sebab itu ramai yang tidak tahu kewujudan kuil ini termasuk aku dan kawan-kawan aku.

OK! berbalik kepada misi pendakian. Bagi aku gunung ini agak selamat dan sesuai untuk beginner. Hiking trails nya jalan tar yang bukan hanya untuk pejalan kaki bahkan basikal, motosikal dan kereta. Walaupun trail tidak mencabar seperti Santubong yang perlu memanjat  dan sebagainya tapi kami masih rasa berpuas hati melihat keindahan flora yang masih terjaga. 
Kehijauan mengelilingi anda

Nisa almost kecundang

Bagi aku, tempat ini memang sesuai untuk aktiviti riadah yang santai. Kehidupan seharian yang memenatkan sememangnya memerlukan terapi yang menyenangkan! Lebih kurang setengah jam pendakian, kami sampai ke puncak gunung dan berkesempatan untuk naik dan  melawat kawasan kuil. Hormat dan jaga kebersihan apabila berada di kawasan ibadah agama lain is the MUST! Semua pengunjung yang ingin naik ke kawasan kuil hendaklah menanggalkan kasut terlebih dahulu untuk tujuan kebersihan.


Sri Maha Mariamman Temple

View from the top



Hopefully, next time adalah kesempatan untuk datang semula mybe untuk cycling. Thanks to Nisa and Itha for this precious and beautiful moment.

Comments

Popular Posts