KEDATANGAN JEPUN

Kuasa Imperialis Jepun

Kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu dan Borneo telah mencoret sejarah pahit bagi warga yang menempuhinya. Imbauan penyeksaan dan kekejaman yang dilalui umpama kaset kepada generasi yang melaluinya dan yang pastinya mereka lebih menghargai erti kemerdekaan dan kebebasan. Kebangkitan Jepun semasa era pemerintahan Maharaja Mikado Meiji (1968-1962) menjadi pemacu kepada perluasan kuasa Jepun di Asia Tenggara. Masalah ekonomi negara Jepun telah memaksa mereka untuk melancarkan satu tindakan pemulihan dalam sektor perindustrian dan pemodenan. Mereka memerlukan kawasan perindustrian yang baru dan bahan mentah.Justeru,“Pemulihan Meiji” ini dilancarkan dengan menjadikan negara Barat sebagai contoh. Penglibatan Jepun dalam kancah Perang Dunia Kedua telah meluaskan lagi empayar mereka sehingga ke negara Selatan Asia.

Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu

Sumber dari Google


Pada waktu subuh, tanggal  8 Disember 1941 merupakan titik pemulaan pendaratan tentera Empayar Jepun ke Tanah Melayu. Serangan ini dilancarkan sejam sebelum pihak Jepun melakukan pengeboman Perlabuhan Pearl Harbor. Di Tanah Melayu, tentera Empayar Jepun (25th Amy) yang dipimpin oleh  Lt. General Tomoyuki Yamashita melakukan serangan secara amfibi di Kota Bharu, Kelantan. Operasi amfibi (amphibious assault) adalah satu operasi ketenteraan yang menjadikan pantai sebagai kawasan pendaratan bagi askar-askar dan kelengkapan perang. Sasaran pendaratan awal tentera Jepun di Kota Bahru adalah di Pantai Padang Pak Amat dan terus maju ke kawasan Pantai Timur Semenanjung. Serentak dengan itu, tentera Jepun turut melakukan pendaratan di Singgora dan Pattani. 


Perjalanan kedatangan Tentera Jepun dilihat begitu terancang dan rapi di Tanah Melayu. Buktinya, semasa di Kota Bahru, tentera Jepun telah membahagikan pasukannya kepada dua pasukan. Satu pasukan dihalakan ke Kuantan dan satu lagi menuju ke Sungai Perak. Keesokkan harinya, 9 Disember 1941 tentera Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth, dan Alor Star. Rentetan daripada itu, tentera British telah membuat persiapan rapi untuk menghadap kemaraan tentera Jepun yang sangat drastik. Kapal tempur perang HM Prince of Wales dan HM Repulse telah digunakan untuk menyekat kemaraan Jepun di Pahang. Namun, Jepun berjaya menghidu tindakan tentera British dan telah mengepom dan menenggelamkan kedua kapal tersebut dari udara oleh tentera Kamikaze Jepun. Akhirnya, ramai tentera Navy British yang terkorban dalam serangan tidak diduga ini.

Lanjutan daripada itu, Pulau Pinang turut dibom oleh tentera Jepun pada 11 Disember 1941 da kesokan harinya menawan Jitra dan Alor Star. Keadaan yang agak tegang di Tanah Melayu telah memaksa British berundur ke selatan dan British meninggalkan Pulau Pinang pada 17 Disember 1941. Garis masa pertempuran tentera Jepun dan tentera British yang melibatkan tentera Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tentera negara Komanwel (British, India dan Australia) berakhir pada 31 Januari 1942. Pada tarikh tersebut secara rasminya, keseluruhan Tanah Melayu berada dalam naungan pemerintahan Empayar Jepun.

Penduduk Sabah dan Sarawak turut merasa keperitan hidup zaman pemerintahan Nippon. 21 Disember 1941, Jepun mula mendarat di Miri. Seperti di Tanah Melayu, Jepun turut membahagikan pasukan tenteranya kepada dua bahagian. Pasukan pertama menuju ke Kuching manakala pasukan kedua menuju ke Sibu. Pasukan kedua Jepun terus mara ke Labuan dan Sandakan, Sabah. Kedatangan battalion Jepun dengan membawa 16 kapal pengebom cukup mengusarkan hati penduduk Kuching. Berlegarnya pesawat Betty Bombers memberi isyarat kepada penduduk bahawa perang sudah tiba. Lapangan Terbang Batu 7 menjadi sasaran Betty Bombers untuk menyekat bantuan udara. Tidak terkecuali, kampung-kampung turut dibedil oleh tentera Jepun antaranya Kampung Sungei Bedil Kecil dan Kampung Astana. Menjelang menyambut perayaan Krismas, Jepun akhirnya berjaya menawan Kuching dan mengakhiri kempen di Sarawak. 

Pastinya, peristiwa penaklukan Jepun yang pernah bertapak di tanah bertuah ini memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara dalam apa jua cara.

-NNZ-

Rujukan

Penjajahan Jepun Tanah Melayu retrieved from 
https://penjajahanjepundkm1c.weebly.com/blog/penjajahan-jepun-di-tanah-melayu

Haslina Bujang, (2017). Kuching Dibom Oleh Jepun! retrieved 
from https://www.thepatriots.asia/kuching-dibom-oleh-jepun/

Comments

Popular Posts