PEDANG ZULFIKAR

Zulfikar (Dhu al-Fiqar)

Kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panglima perang Islam tidak dapat dinafikan. Baginda memainkan peranan yang penting dalam merancang strategi dan juga motivasi pasukan tentera Islam. Sebagai seorang panglima, Baginda S.A.W diceritakan mempunyai 9 pedang dan kesemua pedang Baginda S.A.W mempunyai nama dan sejarahnya tersendiri. Antaranya adalah Al-Mathur, Al-Adb, Dhu al-Fiqar, Al-Battar, Hatf, Qala, Al-Mikhdham, Al-Rasub, dan Al-Qadib.

Zulfikar antara pedang kebanggaan Rasulullah S.A.W menyimpan banyak misteri dan mencatat sejarah sebagai pedang lagenda di dunia. Dikatakan pada akhir zaman, Imam Mahdi akan menjadi pemegang terakhir untuk mengenggam Zulfikar. Teori berkenaan dengan pedang ini turut menjadi persoalan kerana tiada bukti sahih tentang pembuatannya. Antara teori yang biasa didengar adalah pedang ini hasil daripada rampasan perang dan teori kedua adalah hadiah daripada tukang besi kepada Baginda S.A.W.

Bentuk fizikal Zulfikar juga dikatakan unik kerana berbentuk melengkung Schimitar dan memiliki cabang yang berbelah dihujungnya. Mata Pedang Zulfikar turut dikatakan sangat tajam digelar “pedang yang mematikan” semasa eranya. Diceritakan, sewaktu Perang Uhud, pertempuran dengan tentera Quraisy telah menyebabkan pedang Ali bin Abu Talib rosak. Oleh hal yang demikian, Nabi Muhammad S.A.W telah menghadiahkan pedang Zulfikar kepada Ali. Kehebatan Zulfikar yang diibaratkan sebanding dengan 1000 pahlawan turut terserlah di tangan Ali bin Abu Talib. Tidak dapat dinafikan Pedang Zulfikar menjadi saksi bisu perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam.

Wallahualam.

-NNZ-

https://ganaislamika.com/pedang-zulfiqar-1/

http://bangka.tribunnews.com/2018/05/26/kekuatannya-sebanding-1000-prajurit-inilah-zulfikar-pedang-nabi-muhammad-yang-diwariskan-ke-ali

https://www.boombastis.com/menyingkap-misteri-zulfikar/78562

Comments

Popular Posts