SANTUBONG BERJAYA KU TAWAN

                               

Pengalaman pertama mendaki Gunung Santubong pada tahun 2014. Time ni masih study lagi and join group KoQ (kukurikulum berkredit) di sebuah IPTA Sarawak. Ini adalah pengalaman yang paling bermakna dalam hidup aku sebab aku jarang join aktiviti lasak dan macam-macam perkara yang malang dan lucu yang jadi. Sebelum tu nak cerita sedikit sejarah pasal Gunung Santubong ni ok. 

Mesti pernah dengar lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang kan? Cerita ini femeslah kat Sarawak dan diceritakan dari mulut ke mulut, dari orang tua ke orang muda (begitulah). So, version mitos ni banyaklah.

Antara versinya adalah dua orang puteri dari kerajaan kayangan iaitu Santubong dan Sejinjang diarah oleh Raja Kayangan untuk turut ke bumi disebabkan ada perbalahan antara dua buah kampung yang namanya kampung Pasir Putih dan Pasir Kuning. Kiranya, tugas dua puteri ni adalah untuk kembalikan keamaan kampung. Puteri santubong diarahkan ke kampung Pasir Kuning dan Puteri Sejinjang ke Kampung Pasir Putih.

Kedua puteri ni mempunyai kelebihan dan menurut cerita diorang mempunyai raut wajah yang sangat cantik. Puteri Santubong dikatanya mempunyai kemahiran dalam menenun kain manakala Puteri Sejinjang pandai dalam menumbuk beras. Keberadaan kedua puteri di kampung-kampung tersebut telah berjaya mendamaikan penduduk kampung. Mereka turut menjana pendapatan dengan menenun kain dan menumbuk beras di kawasan kampung masing-masing. So, takde masa la nak gaduh lagi semua sibuk cari duuuiiiittt.

Nak dijadikan cerita pulak, pada suatu hari muncul seorang putera kacak iaitu Putera Serapi. Kedua puteri ni tangkap cintan kat putera ni sampai mereka bergaduh berebutkan putera Serapi. Kemuncak ceritanya apabila pergaduhan puteri-puteri ni makin teruk dan tidak mahu mengalah langsung. Sehingga pada suatu hari Sejinjang telah menikam aluk lesung sehingga terkena kat pipi Santubong. Walaupun sakit, Santubong tak nak mengaku kalah bila dia pun menikam batang belidak kat kepala Sejinjang sehingga bekecai.

Raja Kayangan yang tahu mereka bergaduh pun marah la dan menyumpah Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi pulau tapi ada juga cakap yang jadi gunung. Entahlah...sis pun dengar cerita orang.

OK! nak share semasa mendaki gunung Santubong ini memang best kalau ada rezeki nak naik lagi tp badan tak fit pulek masa ini ☹️ Aku dengan kengkawan aku bertolak dari U kitaorg awal pagi, breakfast apa semua yang patut then sampai kat kaki gunung around 8.30 mcm tu laa. Kitaorg kumpul kat bawah, check kehadiran semua complete terus naik. Masa mula naik tu memang dah rasa nak pancit LOL! tp mcm rugi kalau nak turun balik. so teruskan!

Section yang paling mencabar bagi aku lah kan masa nak daki tangga kayu dan laluan bertali ni. Aduh, memang memerlukan kekuatan tangan betullah. Sudahlah waktu aku naik tu hujan renyai-renyai turun. Haiyoo...apalah nasib. Pemulaan naik tu agak tidak best sebab pemandangan kabus tak nampak sangat keindahan alam di mataku yang sudah cukup rabun ini.


Laluan Kayu

Laluan Bertali
Bukan hanya itu sahaja cabaran yang terpaksa ku hadapi. Cabaran paling besar yang kuhadapi apabila tapak kasut ku tanggal! Haish...whylah?? rasa macam mok nangis jak kamek waktu ya. Tapi thanks God diberi team members yang sangat membantu diri ini yang sedang dalam kesusahan. Terpaksa la aku ikat tapak kasut yang tanggal itu dengan tali kasut ku sendiri. Huh...what to do? apa boleh buat taik kambing bulat. Redho jelah.

tenqiu

Lupakan kisah kasut ku itu, aku terkilan sikit sbb lupak mok ambik gambar kat puncak Gunung Santung. Huwaaa...sebab letih gila kot bila dah sampai pucak and excited sebab view nya pergh! refreshing! kat atas gunung tu ada satu macam perigi aku ingat tp tak sure untuk apa. Pemandangan yang aku dapat pun waktu nak turun. Chantek! pemandangan kampung di kaki gunung Santubong.




Refreshing View

So, nilah antara pengalaman yang paling berharga untuk aku. Haha..

Comments

Popular Posts